UPDATED PADA 01 MAY 2009
UPDATED 2009-05-05
Benih yang baru disemai dah mula menunjukkan mata..alhamdulillah Pada 25/04/09 kami telah menyemai sebanyak 3600 anak benih untuk projek ke-2..termasuk fetigasi. Pekerja sibuk membasahkan media kerana cuaca sekarang ni terlampau panas.
Lihatlah TUAN TANAH KEDAUN sibuk menolong menyiapkan rumah bajaku. aku rasa beruntung mendapat tuan tanah yang x kedekut tenaga..alhamdulillah akhirnya siaplah rumah untuk proses pembajaan kami..TERIMA KASIH PAKLANG.
Projek labu kami yang dalam percubaan..nampaknya labu ni sesuai kat sini..sebenarnya labu ni pemberian dari seorang kawan . Boleh tahan juga cuma bab pasaran bagi labu ni x berani nak cakaplah sebab ini adalah percubaan pertama.
Nampaknya pokok labu yang diberi oleh kawan telah berbuah...
Proses menyediakan tapak fetigasi memakan masa behari-hari gak ni
Di bawah tapak yang dirancang sebagai rumah penyimpanan baja dan sedang dalam pembikinan insyaallah hari ni dijangka siap..
Inilah perjumpaan para petani dan sesi dialog dengan pihak kementerian pertanian. Berbagai persoalan yang dibangkitkan terutama tentang menaikkan subsidi atas hasil jualan juga subsidi untuk petrol yang sedang dalam proses serta menetapkan harga hasil pertanian oleh FAMA . Dari apa yang diperkatakan FAMA cuba mengurangkan import cili dari Cina dan kalau boleh pihak kita mahu ianya dihentikan terus. Pihak Kementerian pertanian juga telah menandatangani perjanjian dengan Carrefour ( Seberang Jaya dan Subang Jaya ) bagi kita membekalkan terus sayuran segar terus dari ladang kesana...
Pekerja sibuk mengisi campuran media kedalam polybeg.. kami akan menyiapkan sebanyak 3000 beg untuk blok pertama. Dalam keadaan cuaca seperti sekarang ini pengisian polybeg ni dapat dilakukan di sebelah petang..Entah bilakah hujan ni akan berhenti..sedih sungguh dahlah tapak x fully siap lagi.
HARI BERTEMU PELANGGAN yang dianjurkan oleh Jabatan pertanian sempena bulan tanaman yang berlangsung di Dewan UMNO Tasek Gelugor pada 04 April 2009 dirasmikan oleh YB Tuan Haji Shahabudin Yahaya.Antara pihak yang terlibat adalah Mardi, vetirener,FAMA, LPP, PPK, Agro bank dan beberapa pihak lagi..berbagai usul dan hal2 berbangkit bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para petani diketengahkan disini.
Beginilah rupa bentuk tapak utk penanaman secara fetigasi yang telah disnap kelmarin..insyaallah projek akan bermula dlm masa terdekat ni.. layann....
Semalam sewaktu dikebun....aku sempat mengambil beberapa foto bagi tapak fetigasi yang hampir siap...3/4 bahagian hampir siap iaitu blok pertama dan kedua manakala blok ketiga baru ja diperingkat permulaan apabila spare parts traktor tu patah..so ari nilah dijangka siap sepenuhnya..insyaallah..
UPDATED PADA 19-03-09 ( Khamis )
Baru kemarin sprinkler cili yang aku order sampai . dah pun siap tukar kerana yang ku guna sebelum ni adalah sprinkler jagung..jadi tembakan air tu kuat sikit so bila dah tukar ni rasanya xla kuat sangat cuma memang sesuai untuk cili. Sebanyak 3 ribu anak cili untuk 2nd phase telah pun siap ditransplantkan..Ari ni genap 13 hari di tapak.
Sistem saliran yang akan memudahkan perjalanan projek fetigasi. Ini penting kerana saliran yang sempurna akan memudahkan pengaliran keluar jika berlau banjir kerana tempat ni mudah dinaiki air...tp alhamdulillah selepas parit ni wujud dah takdelah sangat air2 bertakung. Persiapan tapak pun x betul2 siap lagi tapi tadi petang kami dah berjumpa dengan seorang pegawai pertanian yang incharge kawasan kami minta dia hantar traktor pertanian insyallah katnya hari isnin mungkin sampai..harap2 begitulah.
Cadangan kat sinilah nak diletakkan pondok baja. tapak untuk pondok dah prepare cuma tak sepenuhnya lagi siap.Bawa mai tangki dulu senang nak sukat nak wat besar mana bukan pa takut termakan ruang banyak plak.
Water pump ni adalah bantuan daripada Jabatan Pertanian. alhamdulillah..
Yang ni dari variety 568 ...
UPDATE PADA 09-03-18
Cili KULAI MARDI...dalam sepokok sekitar 150biji..berpotensi untuk menambahkan pengeluaran sedia ada. Insyallah 25 hari lagi cili dah boleh dituai..Alhamdulillah terung n kacang panjang kat kebun pun dah mula dikutip..ari ni kali ke-2 kutipan....cuma x byk sebab terung ari tu ada lebih kurang 400 pokok...aku tolak kat sorang buyer cina..dia ni kira pemborong besar2an jugakla kat Tasek Gelugor, byk mana tolak pun dia tetap ambil..terung panjang ari ni 2009-03-18 rega tolak RM2.00 manakala kacang panjang tolak RM1.50..bolehla..rezeki anak2...syukur alhamdulillah pada allah taala diatas limpah kurnianya
Alhamdulillah..akhirnya penat lelah terasa berbaloi jugaklah pabila melihat pokok2 cili yang sedang berbunga dan berbuah.. kesemua pokok cili dikebun tidak dicantas dahan..kerana dari apa yang telah saya pelajari dulu saya dapati hasil bertambah kerana dahan2 yang tidak dipotong ini juga mampu menyumbangkan buah yang banyak
Assalamualaikum...sebanyak 4ribu anak benih bagi fasa ke-2 telah disemai pada 02 Feb 2009..lebih kurang 60% saja percambahannya..walaubagaimanapun alhamdulillah kerana tuhan masih memberi rezekinya buat saya. Anak benih akan ditempatkan di tapak konvensional bersebelahan pokok yang telah berusia hampir sebulan. Daripada foto yang telah diambil semalam nampaknya pokok cili dan terung sudah mula berbunga...

ORANG-ORANG YANG TERSAYANG

Buka main seronok lagi anak dara mak ni...dapat bergambar ngan penyanyi pujaan dia...Aswad AF
Anak sulungku ketika menerima hadiah pelajar cemerlang anjuran Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas diatas pencapaian cemerlang didalam UPSR yang diumumkan baru2 ini. Doa mak semoga anak mak menjadi insan yang cemerlang dan berjaya sehingga ke peringkat tertinggi.Alhamdulillah rezeki buatku dan keluarga tatkala anak perempuan sulung diterima masuk ke Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheikh Shahabudin..Bukit Mertajam.
Anak kembarku yang kini berusia 10 tahun.
Ketika kami menghadiri Hari Keluarga TUDM di The Carnival sungai Petani, Kedah.
Orang yang disayangi yang sentiasa memberi dorongan dan semangat agar aku tak mudah berputus asa di dalm meneruskan minat bertani.
Permata hati ayahanda dan bonda...