Semalam sewaktu mengutip cili sempat jugalah mengambil beberapa foto pokok cili yang sedang mengeluarkan hasil...
rezeki yang allah bagi..alhamdulillah
Alhamdulillah...dah mula menuai hasil...semalam 12/08/09 harga kebun bagi cili RM7/kg untuk kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang.
Yang trip ni insyaallah pertengahan puasa boleh menuai hasil...harap2 harga tak jatuh..
Foto kat atas adalah target raya ( berusia 44 hari)...dapatlah beraya lebih sikit..lagipulak tapak kat belakang yang 7 batas tu pun dah siap tanam semalam...la ni kira nak mulakan kerja2 untuk projek fetigasi la pulak, tapak fetigasi pulak separuh dah siap dah, cuma piping tak pasang lagi..sibuk...sibuk
Assalamualaikum...Alhamdulillah hari ni dapatla updated kebun sikit2..semalam waktu kat kebun sempat saya mengambil beberapa foto pokok2 cabai yang semakin membesar..Semalam tanggal 25 Julai 2009 dah 26 hari usia pokok cili ni...dijangka pertengahan ramadan hasil dapat dituai..Insyaallah..Semoga rezeki kali ni berlipatganda..
Dikemaskini pada 26 Julai 2009
Pokok nenas ni projek mak...katanya saja2 tanam boleh juga buat pajeri ke asam pedas ke,..kiranya ni projek untuk makan je la..
Anak semaian ni sebagai stok tambahan untuk tapak konvensional yang masih bersisa 7 batas lagi..disamping tu tapak projek fetigasi sudah pun dimulakan ...Insyaallah apabila anak semaian selesai dipindahkan...kami akan menyemai benih untuk blok fetigasi...cadangan sebanyak 5000 pokok sebagai permulaan..
Tips Pertumbuhan Pokok Yang Sihat( Tips dari CILIPADI buat renungan bersama).
Ada caranya;
1) Buang semua daun-daun lama pada pokok.
2) Buang semua daun-daun yang terlalu banyak dan yang terselindung di sebalik dahan-dahan.
3) Buang dahan-dahan kecil yang tiada bunga dan buah.
4) Buang sebahagian dahan-dahan yang terlalu tinggi.Kemudian, semburkan ATONIK pada pokok anda 2 kali seminggu. Lihatlah hasilnya yang mengejutkan.
29/06/09
Photo ini sempat disnapkan tadi sewaktu kerja mengubah anak cili dilakukan..pokok ini dah berusia sebulan..tp rasanya tumbesaran dia x seimbang dengan usia...kena belajag lagi ni
Hari ni 29/06/09 tepat jam 4.00 petang kami memulakan aktiviti memindahkan anak semaian..cuaca pun tak berapa panas sangat..alhamdulillah sebanyak 2300 pokok telah siap dipindahkan. Esok kerja memindahkan anak semaian akan disambung semula . Selepas proses pemindahan ini selesai..projek cili fetigasi akan dimulakan. Lupa pulak nak snapkan photo tapak yang dah siap untuk projek fetigasi tu...insyaallah kerja2 pemasangan paip dan penyusunan bata akan bermula dalam masa terdekat ni. Tadi sempat berborak dengan pegawai pertanian minta tambahan stok..insyaallah,..
Updated pada 25 JUN 2009..Anak cili ni dah x sabar2 nak ke tapak insyaallah ari isnin ni akan dipindahkan lebih kurang sebanyak 3600 pokok bagi phasa ke-2
Assalamualaikum..hari ni tanggal 16 JUN 2009 anak cili di tapak dah pun berusia 24 hari ..kadang2 kita suka cerita tentang yang indah2 saja tetapi kita terlupa dalam yang indah tu terselit yang boleh membuatkan kita menderita..inilah yang membuatkan saya confius melihat keadaan pokok cili yangmana daunnya kelihatan kekuningan tapi saya dapati tunas yang baru keluar kelihatan sedikit hijau cuma nak dikatakan kurang baja mungkin tak kot sebab saya rasa hari tu kami terlebih letak baja..ataupun keadaan cuaca yang terlalu panas ataupun kualiti tanah,... semuanya ni tak pastilah pulak .
Sebanyak 4500 biji benih telah disemai untuk projek ke-2...hari ni tanggal 10 Jun genap 10 hari tempoh semaian..insyaallah bila keadaan mengizinkan nanti saya akan editkan plak foto pokok yang telah siap dipindahkan ke tapak.
Blok ini saya labelkan sebagai blok pertama...disini tanah dibiarkan berkeadaan rata berbanding dgn blok yang satu lagi disini x perlu di buat batas.
Memandangkan kawasan ini bila hujan lebat mudah dinaiki air..so saya yakin biarlah projek ke-2 nanti polybeg mesti diletakkan diatas batas..Alhamdulillah sebanyak 18 batas telah dapat disiapkan utk blok ini yang mana panjangnya lebih kurang 100 meter.
UPDATED 08 Jun 2009 Beginilah keadaan pokok apabila terlebih makan baja..dulu guna 3x15 yang warna putih tu xlah sampai jadi gini tp bila tukar NPK + TE terus jadi gini ...quantity yang dimasukkan sama juga jadi..belajar dari kesilapan
Dipindahkan ke tapak pada 23 May 2009..Pokok ini kiranya dah berusia 15 hari pada 07 Jun 2009. Sebanyak 1800 pokok saja yang dapat dipindahkan. insyaallah sebanyak 4500 benih baru telah pun disemai pada 2 Jun 2009..
Hari ini tanggal 22hb May 2009 genap usia pokok ni 26 hari...cadang tu hari ni nak transplantkan dia kat batas..tup2 x jadi plak..insyaalah esok mungkin kot jika tiada halangan....
Anak cili yang sedia untuk dipindahkan ke kebun..rasanya lebih kurang 2500 berpotensi utk dipindahkan..
18/05/2009
Ya..Allah tuhan yang tau betapa sakitnya pinggang selepas proses menyiapkan lubang kat plastik silver shine dilakukan..alhamdulillah sebanyak 5 batas telah dapat kami siapkan dengan setiap batas berjumlah 200 lubang.